Reka bentuk logo, reka bentuk identiti dan penjenamaan mempunyai tugas atau tujuan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi jika digabungkan ia akan menghasilkan / menampilkan maksud sesuatu perniagaan atau produk yang digambarkan.
Apa itu penjenamaan?
Topik yang berat untuk dibincang tetapi secara umumnya mudah diterangkan sebagai suatu organisasi, khidmat atau produk dengan identiti / personaliti yang dihasilkan dari persepsi audien.
Pereka grafik tidak membuat jenama tetapi audien itu sendiri yang membinanya dan juga pereka grafik hanyalah membina asas jenama sahaja.
Ramai berpendapat bahawa jenama hanya perlu mempunyai beberapa elemen – sedikit warna, sedikit huruf, logo, slogan. Walhal, realitinya ia adalah lebih sukar /rumit daripada itu. Boleh juga dikatakan jenama adalah “imej korporat”.
Asas idea & konsep utama sebalik “imej korporat” adalah apa sahaja yang syarikat itu lakukan, apa yang dimiliki dan kesemua itu akan menunjukkan nilai dan arah tuju perniagaan amnya.
Konsisten adalah “main point’ dimana ia membentuk suatu syarikat untuk menunjukkan di mana pendirian mereka. Ia bukan semata-mata berkenaan tentang warna, huruf, logo & slogan.
Apa pula identiti reka grafik?
Fungsi yang memainkan peranan paling besar dalam “jenama” atau “imej korporat” pada suatu syarikat.
Dalam kebanyakan isu, identiti reka grafik adalah berdasarkan apa sahaja “alatan visual” yang digunakan dalam syarikat tersebut. Panduan ini adalah identiti yang biasanya memandu bagaimana identiti itu diaplikasi di dalam pelbagai lapisan, contoh; menggunakan “color pallettes”, huruf, “layout”, ukuran dan lain-lain. Panduan ini memastikan bahawa identiti syarikat itu konsisten, yang mana pada keseluruhannya akan lebih dikenali.
Imej identiti suatu syarikat dibuat dari pelbagai “alatan visual” seperti:
- Logo ( Simbol keseluruhan identiti & jenama )
- Alat tulis ( Letterhead + Kad Nama / Business Card + Surat, etc )
- Alatan Pemasaran ( Flyers, Brochures, Buku, Website, etc )
- Produk & Pembungkusan ( Produk yang dijual dan pembungkusan )
- Gerak Grafik Pakaian ( Pakaian yang di pakai oleh staff )
- Papan Tanda / Signage
- Apa sahaja alatan visual yang menggambarkan perniagaan itu.
Semua di atas adalah hasil yang dibentuk membentuk suatu identiti yang menyokong jenama tersebut pada umumnya. Logo bagaimanapun, adalah identiti korporat dan jenama yang merangkumi kesemuanya dalam satu.
Apa itu Logo?
Untuk memahami apa itu logo, yang pertama kita perlu faham adalah:
Logo adalah identiti.
Logo identiti syarikat atau produk melalui penggunaan tanda, simbol atau tandatangan. Logo tidak menjual syarikat secara langsung dan jarang sekali menggambarkan peniagaan tersebut. Logo menerangkan maksud dari kualiti yang disimbolkan – Logo disini sebagai identiti bukan untuk menerangkan.
Untuk andaian konsep, fikirkan bahawa logo itu manusia yang kita akan panggil dengan nama – Ahmad, Ali atau Abu; berbanding dengan ” lelaki yang selalu pakai baju biru “. Dengan cara ini, logo menggambarkan bahawa ia menggambarkan identiti perniagaan supaya mudah dikenali & diingati.
Ia amat penting bahawa apabila logo dikenali ia akan menjadi sepertimana kita mengenali seseorang dengan nama & identiti mereka.
Rujukan:-
https://justcreative.com/2010/04/06/branding-identity-logo-design-explained/