Create an account to access previous orders and easy reorders.

Otak-otak antara kudap-kudapan popular di Malaysia terutama di bahagian Selatan Malaya. Ramuan yang digunakan agak asas juga hanya ikan dan rempahan.

Kemudian ia dibalut dengan daun pisang, dan dicucuk dengan lidi untuk memastikan ia “di-ikat” agar ramuan tidak keluar. Kemudian proses terakhir adalah hanyalah menyalai / membakar otak-otak untuk di-‘ngap’.

Dengan keenakan bau rempahan dan ramuan ikan ia menaikkan selera apabila dijamu secara panas. Rasa gigitan pedas, manis-manis membuatkan dengan hanya makan satu keping otak-otak tidak puas, sekurang-kurangnya 4-5 keping seorang. 🙂

Jadi hasil dari makanan tradisi ini klien inginkan membawa ia ke suatu tahap yang baru jadi mereka mendapatkan khidmat kami untuk mereka grafik logo untuk produk mereka.

Warna asas yang diinginkan merah dan biru dan kami telah menghasilkan dua pilihan seperti di bawah. Kami biarkan klien kami simpan kenapa signifikan warna tersebut pada mereka.

Di bawah ini pula penerangan setiap inci kenapa dan apa signifikan logo di reka sebegitu. Ia nya gabungan dari ramuan seperti yang disebut diatas dan di’reka grafik’ supaya ianya ‘masuk’ di antara satu sama lain.

Pilihan Satu
Pilihan Dua

Proses mereka grafik ini juga dibantu oleh klien agar hasil yang mereka inginkan dapat di terjemahkan dalam grafik ini. Kami juga membuat beberapa mockup dan design pelekat untuk dilekat di atas peti sejuk di tempat klien.

Jadi selain kami mereka grafik dan kami juga akan bagi konsultansi berkenaan tentang percetakan supaya klien tidak membuang masa untuk bawa reka grafik untuk cetak. Contoh sticker adalah seperti di bawah yang kami akan lekatkan di peti ais klien kami sedikit masa nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.